Ahad, 1 Julai 2012

PEREMPUAN bagaimana idaman LELAKI ?????

Assalammualaikum dan Selamat Malam pembaca tersayang sume.

Oklah setiap orang kan ada citarasa sendiri dalam memilih pasangan.Kaum lelaki pun sama.
Nak tahu apa citarasa diorang pada perempuan?Korang semak jela apa bintang mereka dan dari situ
korang akan tahu perempuan yang bagaimana yang lelaki suka.Haaa lepas tu bolehla korang memikat hati sidia kan...

JIKA LELAKI ITU........

GEMINI 
Suka perempuan bijak & pandai berkomunikasi
Banyak pendapat mengatakan lelaki yg bernaung dibawah gemini ni sebenarnya playboy.Tak juga,sebenarnya diorang ni cepat tertarik hati dengan perempuan yg bijak dan mempunyai komunikasi yg hebat.Sebab tu ada lelaki gemini yg minat dengan perempuan yg lebih tua daripada dia.


TAURUS
Mahukan yg indah sahaja
Leaki taurus ni hanya suka yg indah2 sahaja!Sebab tu perempuan yg cantik,wangi dan bergaya menjadi perhatian mereka.Hmm ....pandai2lah gunakan kecantikan yg dimiliki,okey?


VIRGO
Suka yg seksi tapi bijak
Seksi memang menarik lelaki Virgo.Tapi bukan seksi sebarangan..mereka mempunyai pendapat tersendiri tentang seksinya seorang gadis.Tak perlulah korang mendedahkan bahagian2 yg tak sepatutnya tetapi jadilah seorang yg bijak dan berkeyakinan.

LEO
Buatkan dia ketawa
Leo pula mempunyai selera humor yg tinggi.Cantik dan menarik je tak cukup untuk buatkan dia tertarik.Jadi,kalau minat dengan leo ni,belajar-belajarla buat lawak ye kerana itu mampu membuatkannya jatuh cinta!


CANCER
Lelaki yang lembut
Nampak je brutal dan suka mengkritik tapi merekalah yg paling lembut.Cancer sangat menyayangi perempuan yg baik dan mencintai dirinya sepenuh hati.


LIBRA
Tampilkan gaya yang unik
Libra sangat menyukai perempuan yg mempunyai identiti tersendiri tanpa terikut-ikut fesyen orang lain.


ARIES
Mahukan perhatian
Bila dating dengannya,korang jangan sibuk 2 nak main sms atau call orang lain kerana itu boleh buatkan mereka cepat bosan.Mereka sangat sukakan perhatian 100 peratus diberikan kepadanya.Lagi 1 jangan terlalu over react dengan mamat aries ni,nanti lama2 dia bosan.Korang pun kene tunjukkan yg korang ni juga penuh dengan aktiviti.


SCORPIO
Mahu perempuan dengan pakej
Untuk mendapatkan cintanya,korang harus jadi perempuan yg paling sempurna.Cantik,bijak dan mempunyai semua kualiti yang baik.Juga jangan lupa tampilkan sisi feminin korang tu!


SAGITARIUS
Pencinta Wanita!
Mereka cukup suka mengejar cinta perempuan dan jika terlalu mudah mendapatkannya,dia akan segera hilang feel.Jadi,kalau berteman dengan si Sagitarius jangan cepat menyerah dan biarkan dia terus berjuang mendapatkan cinta korang okey?


CAPRICORN
Pentingkan Family
Selain tertarik dengan yg seksi,mereka sukakan perempuan yg pandai membawa diri dan pandai melakukan hal-hal rumah.Apa2 yg dilakukannya juga harus mendapatkan persetujuan kedua orang tuanya.


PISCES
Romantik
Pisces tergolong dalam kumpulan lelaki yg romantik dan sopan.Jadi kalau sidia tu dah sopan korang kenelah pandai2 bawa diri tau.Jangan sakiti hatinya sebab diaorang nie sangat sensitif dan cepat cemburu!


AQUARIUS
Tak mudah jatuh cinta
Lelaki aquarius kebanyakkannya memang moden cara pemikirannya dan tak mudah jatuh cinta.Mereka mungkin baik dan rapat dengan korang tapi itu tak bermakna dia ada feel dengan korang.Kadangkala ramai perempuan tak faham dengan perangai mereka tu.Jadi,untuk menjalin hubungan yang lebih serius dengan aquarius,kenali diri mereka 100 peratus dahulu.


So kesimpulannya terpulangla pada diri korang untuk memilih mana yg terbaik.untuk diri korang ok.
Jumpa lagi di entry akan datang.

Adios sayonara.......

Tiada ulasan: