Memaparkan catatan dengan label PEDOMAN JIWA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEDOMAN JIWA. Papar semua catatan

Isnin, 2 Julai 2012

7 JENIS PEREMPUAN DI HINDARI LELAKI

Assalammualaikum dan selamat malam pembaca tersayang sume...

Semalam cik mawar dah citekan tentang bagaimana untuk menjadi wanita yg menjadi idaman lelaki
so hari ni cik mawar nak cite topik yg ada kene mengena dengan entry semalam.Lau korang tengok tajuknye mesti korang dah bleh agak apa cik mawar nak cite hari ni kan.oklah xpayah nak melalut panjang2 jom kita tengok perempuan jenis macam mana yg lelaki tak suka.Kat bawah nie cik mawar senaraikan 7 jenis perempuan yg seboleh-bolehnya lelaki nak elak.Kalau pun mereka mula-mula suka tapi bila didapati korang termasuk dalam kategori ini,ermm berhati-hatilah ye.Bukan apa takut nanti kalau tiba-tiba si dia mula buat ragam dan buat endah tak endah je dengan kita,tentulah ada yg tak kene kan.

Cuba korang semak adakah korang  diantara 7 jenis perempuan dibawah ini...

miss perkasa
Perempuan superhero seperti karekter dalam filem Tomb Rider,yg terlalu berdikari tak selaliunya ada dalam senarai lelaki.Biar bagaimanapun hebatnya perempuan,lelaki tak rela peranan superhero itu jatuh ke tangan perempuan.Lelaki sering menganggap jika korang boleh buat semuanya,dirinya seperti orang tak berguna.
 Jadi,kalaupun korang mampu buat macam-macam,biarkan dia buat untuk korang.Tapi jangan sampai digelar tak reti apa-apa pulak.

miss barbie
Siapa tak kenal Barbie kan?Patung cantik berambut perang yg menjadi mainan kesukaan kanak-kanak seluruh dunia.Barbie memang cantik dan comel tetapi patung tetaplah patung.Hanya mampu dipandang dan tak mampu diajak berbual dan berbincang.
   Jadi,jangan jadi Miss Barbie okey?Walaupun korang cantik dari segi fizikal tetapi otak berkarat dan tak pandai berkomunikasi pun tak ada gunanya!Nanti sepatah ditanya sepatah dijawap.Sudahnya,pertemuan jadi hambar dan membosankan.

miss materialistik
Huhu...ni memang lelaki tak suka.Perempuan yg materialistik sangat 'menyeramkan' lelaki.Walau sekaya mana pun si dia,jika hari-hari kamu meminta segala macam benda yg berjenama dan barangan mewah,lama-lama kering juga.Kalau pun tak kering,tentu membosankan.
  Apatah lagi kalau si lelaki tu hanya kategori biasa-biasa...lagilah diorang tak rela.

miss workaholic
Bukannya mereka melarang kamu bekerja tetapi kebanyakan lelaki kurang senang dengan perempuan yg bekerja tak mengenal masa.Sehinggakan cuti hujung minggu pun pergi bekerja.Nak dating pun tak ada masa.Haa..bahaya ni.Lama-lama mulalah lelaki memandang perempuan lain yg mudah dia nak berjumpa.

miss obses
Hmm..ini satu lagi mimpi buruk untuk lelaki.Baru shaja berkenal-kenalan,dah obses untuk bercerita mengenai hal rumah tangga dan anak-anak.Lelaki sangat takut dengan perempuan jenis begini kerana mereka berfikir perempuan itu akan mengajaknya cepat-cepat kahwin.
 Huhuhu...terkena pula jika lelaki itu takut dengan komitmen,dah sah dia 'cabut lari'!

miss bossy
Lelaki juga takut mendekati perempuan yg bossy.Perilaku itu dapat dilihat dengan cara perempuan itu suka memberi arahan dan mahu segala kehendaknya di penuhi.Misalnya,di kedai makan pun mengarah pelayan macam-macam.Perempuan macam ni,memang dielak oleh si lelaki.

miss aggressive
Miss agressif memang disukai lelaki tapi kalau terlebih agresif akan membuatkan mereka takut.Mengirim sms bertubi-tubi dan menelefon 20 kali sehari kadangkala melemaskan sesetengah lelaki.Silap gaya,mengundang rasa curiga dihati mereka.
  Jadi,kalau pun korang syok sangat kepada seseorang lelaki tu,belajarlah untuk kawal perasaan okey.Kena cool sikit dan banyakkan bersabar.

Sekian itu sajalah sedikit sebanyak yg cik mawar nak kongsi ngan pembaca sume hari nie.
Diharap korang berpuas hati ok.Dah baca jangan lupa komen ok.
Jumpa lagi daaaaa..........




Ahad, 1 Julai 2012

PEREMPUAN bagaimana idaman LELAKI ?????

Assalammualaikum dan Selamat Malam pembaca tersayang sume.

Oklah setiap orang kan ada citarasa sendiri dalam memilih pasangan.Kaum lelaki pun sama.
Nak tahu apa citarasa diorang pada perempuan?Korang semak jela apa bintang mereka dan dari situ
korang akan tahu perempuan yang bagaimana yang lelaki suka.Haaa lepas tu bolehla korang memikat hati sidia kan...

JIKA LELAKI ITU........

GEMINI 
Suka perempuan bijak & pandai berkomunikasi
Banyak pendapat mengatakan lelaki yg bernaung dibawah gemini ni sebenarnya playboy.Tak juga,sebenarnya diorang ni cepat tertarik hati dengan perempuan yg bijak dan mempunyai komunikasi yg hebat.Sebab tu ada lelaki gemini yg minat dengan perempuan yg lebih tua daripada dia.


TAURUS
Mahukan yg indah sahaja
Leaki taurus ni hanya suka yg indah2 sahaja!Sebab tu perempuan yg cantik,wangi dan bergaya menjadi perhatian mereka.Hmm ....pandai2lah gunakan kecantikan yg dimiliki,okey?


VIRGO
Suka yg seksi tapi bijak
Seksi memang menarik lelaki Virgo.Tapi bukan seksi sebarangan..mereka mempunyai pendapat tersendiri tentang seksinya seorang gadis.Tak perlulah korang mendedahkan bahagian2 yg tak sepatutnya tetapi jadilah seorang yg bijak dan berkeyakinan.

LEO
Buatkan dia ketawa
Leo pula mempunyai selera humor yg tinggi.Cantik dan menarik je tak cukup untuk buatkan dia tertarik.Jadi,kalau minat dengan leo ni,belajar-belajarla buat lawak ye kerana itu mampu membuatkannya jatuh cinta!


CANCER
Lelaki yang lembut
Nampak je brutal dan suka mengkritik tapi merekalah yg paling lembut.Cancer sangat menyayangi perempuan yg baik dan mencintai dirinya sepenuh hati.


LIBRA
Tampilkan gaya yang unik
Libra sangat menyukai perempuan yg mempunyai identiti tersendiri tanpa terikut-ikut fesyen orang lain.


ARIES
Mahukan perhatian
Bila dating dengannya,korang jangan sibuk 2 nak main sms atau call orang lain kerana itu boleh buatkan mereka cepat bosan.Mereka sangat sukakan perhatian 100 peratus diberikan kepadanya.Lagi 1 jangan terlalu over react dengan mamat aries ni,nanti lama2 dia bosan.Korang pun kene tunjukkan yg korang ni juga penuh dengan aktiviti.


SCORPIO
Mahu perempuan dengan pakej
Untuk mendapatkan cintanya,korang harus jadi perempuan yg paling sempurna.Cantik,bijak dan mempunyai semua kualiti yang baik.Juga jangan lupa tampilkan sisi feminin korang tu!


SAGITARIUS
Pencinta Wanita!
Mereka cukup suka mengejar cinta perempuan dan jika terlalu mudah mendapatkannya,dia akan segera hilang feel.Jadi,kalau berteman dengan si Sagitarius jangan cepat menyerah dan biarkan dia terus berjuang mendapatkan cinta korang okey?


CAPRICORN
Pentingkan Family
Selain tertarik dengan yg seksi,mereka sukakan perempuan yg pandai membawa diri dan pandai melakukan hal-hal rumah.Apa2 yg dilakukannya juga harus mendapatkan persetujuan kedua orang tuanya.


PISCES
Romantik
Pisces tergolong dalam kumpulan lelaki yg romantik dan sopan.Jadi kalau sidia tu dah sopan korang kenelah pandai2 bawa diri tau.Jangan sakiti hatinya sebab diaorang nie sangat sensitif dan cepat cemburu!


AQUARIUS
Tak mudah jatuh cinta
Lelaki aquarius kebanyakkannya memang moden cara pemikirannya dan tak mudah jatuh cinta.Mereka mungkin baik dan rapat dengan korang tapi itu tak bermakna dia ada feel dengan korang.Kadangkala ramai perempuan tak faham dengan perangai mereka tu.Jadi,untuk menjalin hubungan yang lebih serius dengan aquarius,kenali diri mereka 100 peratus dahulu.


So kesimpulannya terpulangla pada diri korang untuk memilih mana yg terbaik.untuk diri korang ok.
Jumpa lagi di entry akan datang.

Adios sayonara.......