Memaparkan catatan dengan label CORETAN HATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CORETAN HATI. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2014

YANG SEMPURNAKANKU...kini hanya kenangan terindah..


Assalammualaikum....selamat malam reader semua...bosannya aku rasa malam ni ntah xtaulah kenapa..bile aku dengar je lagu kump sixthsense ni teringat aku pd seseorg..rasa rindu sgt nak dengar suara dia tp apakan daya aku hanyalah seorg insan biase yg xmampu utk meluahkan segalanya..biarlah aku menjadi seorg perindu yg setia..ermm xsangka perkenalan yg singkat antara aku dan dia telah membuatkan aku rase mule menyayangi dia..aku mmg dah mule rase jatuh cinta pada dirinya.xku sangka panas yg kusangka berpanjangan rupanya terlerai ditengah jalan..hmm aku pun xfaham apa slh aku smpai dia tduh aku macam 2..aku xrase pun yg aku salah sbb aku bukan buat bnda bukan2 pun..sumenya gara2 facebok.hmm kalau mcm ni mcm manalah hbgan ni akan berpanjangan lgpun aku xsanggup nak bercinta lama2..dan aku juga bukanlah seorg yg snggup bercinta terlalu lama ckplah pengalaman lalu yg terputus ditengah jalan..aku dah penat nak laluinya sekali lagi..dah terlalu banyak kenangan pahit sepanjang 2013 yg aku lalui..hmmm apa nak wat mungkin antara aku dan dia tiada jodoh n mungkin ada lagi insan yg lebih baik dr dia yg Allah takdirkan untuk aku..aku berharap apepun yg terjadi antara aku dan dia biarlah kami tetap bershabat ntahla aku pun xtau dia pun dh mendiamkan diri skrg nie..sabar jelah awal2 tahun lg aku dah di duga..xpelah ada hikmah semua ni terjadikan..aku PASRAH...



Isnin, 27 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014


Assalammualaikum...
Rasanya masih belum terlewat lagi (walaupun sebnrnya mmg dh di penghujung bulan januari) utk aku mengucapkan selamat tahun baru 2014 pd shbat2 pembaca blog ku yg x seberapa ni..Lamanya aku x mengupdate blog ni tibe2 tahun dah bertukar dah 2014....sekejap je masa berlalu terlalu pantas meninggalkan kita..tanpa disedari umur pun dah semakin meningkat..ermm untuk thun 2014 ni aku mengharapkan agar tahun ni hajat2 aku selama ni tertunai la hendaknya..mula2 sekali aku mengharapkan tahun ni adalah tahun kebahagiaan buat diri aku kerana aku mengimpikan utk mendirikan rumahtangga..harap2 segala apa yg dirancang menjadi la...selepas itu aku fokuskan utk menbuat bisnes dan juga utk menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan umrah..moga2 segala perancangan aku di restui dan diredhai ALLAH..insyaALLAH..aamiin...




Jumaat, 27 September 2013

---pedihnya hati hanya ALLAH yang tahu---



KADANG-KADANG...


kadang2 tak semua benda yang kita inginkan akan jadi milik kita..
kadang2 tak semua milik kita akan jadi milik kita buat selamanya..
kadang2 tak semua yang bakal menjadi milik kita akan terus menjadi milik kita..

sesungguhnya Allah yang MAHA Mengetahui..kita sebagai hambaNYA kenalah redha dan terima ketentuan NYA..walau seberat mana dugaan yang kita terima & hadapi..pasti ada hikmah disebalik semuanya itu..Jika Allah memberi dugaan pada kita, semestinya ALLAH tahu yg kita akan dapat pikul dan terima  dugaan tu..

adakalanya orang yg dekat dengan kita pun tak mengerti hati dan perasaan kita..apatah lagi org yg jauh dengan kita.. begitu pun dengan sahabat, teman, kawan atau apa2 lah..walaupundia sgt dekat dan akrab dengan kita, tak semestinya dia akan faham situasi atau keadaan semasa kita. 

Kadang kala juga.. orang yg selalu memuji kita itu lah yg satu hari nnt akan kutuk2 kita..
kadang kala juga orang yg kita benci akan membantu kita ketika kita dalam kesusahan..

hidup ini bagaikan roda.. terkadang diatas terkadang dibawah.. terima lah hakikat sekiranya sesuatu musibah yg menimpa disaat anda sedang menerima kemashuran..


hati & perasaan ini adalah bagaikan bunga segar.. jika dijaga ia akan segar jika dibiarkan akan layu..

    
begitu juga aku dan diriku....kdg2 aku gembira..kdg2 ak sedih.. tapi bila sesuatu yg terjadi akan kerap aku fikirkan..kenapa aku? kenapa sesuatu yg terjadi itu menimpa aku??kenapa bukan org lain..ada teman yg mengatakan aku seorg yang tabah dlm menghadapi dugaan.. tapi kebenaran nya, aku ialah lemah..aku lemah..aku tak boleh menerima kenyataan hidup ini.. aku sering menangis sendirian..aku meraung mengenangkan nasib diriku.. apalah daya aku utk melawan takdir ALLAH..biarpun aku sedih hingga ke hari ni masih meratapi kenangan itu, namun tidak sekali2 aku tunjukkan pada semua..biarpun aku ceria bila bertemu teman2 bercakap senyum dan ketawa.. tetapi sesungguhnya ak tak mahu mereka tahu dan rasa kesedihan aku..biarlah aku pendam dan simpan segala ksah duka aku..hanya aku..hanya aku yg tahu perit dan deritanya dugaan ini.. DAn hanya dengan menulis di blog sahaja yg dapat aku luahkan isi hatiku....biarlah..biarlah aku yg sedih..aku tak mahu org2 yang menyayangiku dan org disekelilingku merasa kesedihan ku ini...               

Khamis, 12 September 2013

BILA RASA NAK TULIS.....


Assalamualaikum...pembuka bicara di petang khamis 12/09/2013...wahhh lama juga aku x menulis dlm blog ni..yela bz dengan macam2 perkara tetibe arini terdetik dihati ingin membuka dan menulis sepatah dua kata..hahaha padahal berpatah2 kata dah nie...yela selama ni asyik sibuk berfesbuk je gila main games manela nak ade masa nak menulis kat blog kan...oklah karang makin lama melalut plak aku merapu so hari ni aku saje la nak layan feeling sikit jom layan...betul ke REDHA ITU PENGUBAT JIWA YANG LARA

Kalau kita mahu mengecapi ketenangan didalam hidup yang singkat ini, kita haruslah mula belajar menerima sesuatu yang berlaku dengan hati yang redha. Inilah ubat mujarab bagi hati yang sakit. Pun begitu, untuk belajar menjadi redha bukanlah satu perkara mudah yang datang secara mendadak. Perlukan latihan sedikit demi sedikit sehingga sebati didalam diri.

Jika sesuatu perkara yang berlaku bukan didalam jangkauan kita, maka anggaplah sahaja ia satu ketentuan ilahi bagi menguji tahap keimanan kita kepada – NYA. Boleh jadi sebagai satu bentuk kifarah kepada dosa-dosa silam yang kita lakukan. Bukankah ALLAH swt itu tuhan yang Maha Adil dan Maha Pengampun. Tentu ada sebabnya sesuatu perkara itu terjadi yang tidak terjangkau oleh akal manusia yang terbatas.

Bersikap redha dapat mendatangkan beberapa kebaikan. Antaranya ialah boleh mendamaikan jiwa dikala kesusahan datang melanda, menjadikan iman kita semakin kuat dan dapat merendahkan ego manusia yang terlalu tinggi.

Dapat juga mengingatkan kembali kita kepada asal usul jikalau sudah tersesat terlalu jauh. Menyedarkan kembali bahawa manusia ini walau sehebat mana pun dirinya sebenar adalah lemah dan tidak berkuasa dalam hakikat yang sebenar. Mungkin kadangkala yang kita terlupa bahawa sebenarnya kita ini akan masuk juga kedalam lubang kubur, walau sehebat mana pun kita.

Walaupun manusia itu mempunyai status, kuasa, pangkat dan harta melimpah ruah; kita sebenarnya tidak berdaya upaya melawan kehendak ALLAH swt. Hatta Firaun Lahanatullah yang begitu punya hebat kerajaannya boleh ditenggelam laut oleh ALLAH swt, inikan pula kita ini. Hakikatnya kita ini “O”.

Sesuatu perkara itu berlaku mengikut perancangan ALLAH swt. Manusia merancang….ALLAH swt juga merancang…..dan perancangan ALLAH lah yang sebaik-baiknya.
Maka redhalah kita…..jika tidak mahu jadi gila!