Assalamualaikum...pembuka bicara di petang khamis 12/09/2013...wahhh lama juga aku x menulis dlm blog ni..yela bz dengan macam2 perkara tetibe arini terdetik dihati ingin membuka dan menulis sepatah dua kata..hahaha padahal berpatah2 kata dah nie...yela selama ni asyik sibuk berfesbuk je gila main games manela nak ade masa nak menulis kat blog kan...oklah karang makin lama melalut plak aku merapu so hari ni aku saje la nak layan feeling sikit jom layan...betul ke REDHA ITU PENGUBAT JIWA YANG LARA
Kalau kita mahu mengecapi ketenangan didalam hidup yang singkat ini, kita haruslah mula belajar menerima sesuatu yang berlaku dengan hati yang redha. Inilah ubat mujarab bagi hati yang sakit. Pun begitu, untuk belajar menjadi redha bukanlah satu perkara mudah yang datang secara mendadak. Perlukan latihan sedikit demi sedikit sehingga sebati didalam diri.
Jika sesuatu perkara yang berlaku bukan didalam jangkauan kita, maka anggaplah sahaja ia satu ketentuan ilahi bagi menguji tahap keimanan kita kepada – NYA. Boleh jadi sebagai satu bentuk kifarah kepada dosa-dosa silam yang kita lakukan. Bukankah ALLAH swt itu tuhan yang Maha Adil dan Maha Pengampun. Tentu ada sebabnya sesuatu perkara itu terjadi yang tidak terjangkau oleh akal manusia yang terbatas.
Bersikap redha dapat mendatangkan beberapa kebaikan. Antaranya ialah boleh mendamaikan jiwa dikala kesusahan datang melanda, menjadikan iman kita semakin kuat dan dapat merendahkan ego manusia yang terlalu tinggi.
Dapat juga mengingatkan kembali kita kepada asal usul jikalau sudah tersesat terlalu jauh. Menyedarkan kembali bahawa manusia ini walau sehebat mana pun dirinya sebenar adalah lemah dan tidak berkuasa dalam hakikat yang sebenar. Mungkin kadangkala yang kita terlupa bahawa sebenarnya kita ini akan masuk juga kedalam lubang kubur, walau sehebat mana pun kita.
Walaupun manusia itu mempunyai status, kuasa, pangkat dan harta melimpah ruah; kita sebenarnya tidak berdaya upaya melawan kehendak ALLAH swt. Hatta Firaun Lahanatullah yang begitu punya hebat kerajaannya boleh ditenggelam laut oleh ALLAH swt, inikan pula kita ini. Hakikatnya kita ini “O”.
Sesuatu perkara itu berlaku mengikut perancangan ALLAH swt. Manusia merancang….ALLAH swt juga merancang…..dan perancangan ALLAH lah yang sebaik-baiknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan